Terms & conditions

1. Umum

  1. Apabila anda membeli sebarang produk (“Produk“) jenama Rock Cat (“kami“, “kita“) di irockpets.com (“Laman Web“), anda mengikat perjanjian yang sah di sisi undang-undang dengan kami berdasarkan Syarat-syarat Pembelian ini. Setiap pesanan yang anda gunakan untuk membeli Produk akan dirujuk sebagai “Pesanan“.
  2. Anda harus membaca Syarat-syarat Pembelian ini dengan Syarat-syarat Penggunaan, Polisi Privasi Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Kuki. Syarat-syarat Penggunaan dan Polisi Privasi akan digabungkan ke dalam Syarat-syarat Pembelian secara rujukan. Berhubung dengan Sabah dan Sarawak, bagi mengelakkan keraguan, dan kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Pembelian ini, Akta Hak Pengguna 2015 UK (yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa) akan dikecualikan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
  3. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten antara Syarat-syarat Pembelian, Syarat-syarat Penggunaan dan Polisi Privasi Perlindungan Data Peribadi, Syarat-syarat Pembelian ini akan mengatasi yang lain-lain.
  4. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengubah suai Syarat-syarat Pembelian ini tanpa liabiliti dan tanpa notis terdahulu kepada anda. Syarat-syarat Pembelian yang diubah suai akan disiarkan di Laman Web, dan akan berkuat kuasa mulai tarikh ia disiarkan. Anda dinasihatkan supaya menyemak Syarat-syarat Pembelian ini secara kerap kerana mungkin terdapat kemas kini, sebelum membeli sebarang Produk di Laman Web.
  5. Anda memahami bahawa anda mesti menyediakan perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan kelengkapan atau perkhidmatan lain yang diperlukan untuk mengakses Laman Web, dan anda sendiri menanggung kosnya. Anda mesti mematuhi semua peraturan yang dikenakan terhadap cara yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web (contohnya akses Internet).
  6. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Laman Web tidak dijangkiti virus tetapi kami tidak menjamin bahawa Laman Web adalah bebas daripada virus atau kandungan lain yang berniat jahat.
  7. Semua keputusan dan penentuan yang dibuat oleh kami di bawah Syarat-syarat Pembelian ini adalah muktamad.

2. Produk – Deskripsi dan Harga

  1. Kami boleh mengalihkan buat sementara waktu atau selama-lamanya sebarang Produk daripada Laman Web pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis kepada anda.
  2. Semua Produk yang dijual melalui Laman Web adalah untuk kegunaan tempatan sahaja; Produk tersebut tidak sesuai untuk kegunaan perdagangan atau perindustrian kecuali dinyatakan dengan jelas.
  3. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua maklumat di Laman Web, termasuk deskripsi Produk serta harga yang disenaraikan adalah tepat sepanjang masa.
  4. Semasa melayari Laman Web, warna Produk mungkin berbeza bergantung pada beberapa faktor, seperti tetapan paparan monitor komputer anda.
  5. Gambar dan imej di Laman Web adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Untuk deskripsi yang tepat tentang sebarang Produk dan perincian yang disertakan dengan Produk, sila baca deskripsi Produk.
  6. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua harga Produk yang dipaparkan di Laman Web adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk cukai yang dikenakan.
  7. Walau bagaimanapun, harga Produk tidak termasuk caj Perkhidmatan, yang akan ditambahkan pada jumlah harga Pesanan anda.
  8. Kami berhak untuk mengubah harga, Produk, deskripsi Produk dan tawaran istimewa pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara kami.

3. Membuat Pesanan

  1. Apabila anda membuat Pesanan, anda menjelaskan dan menjamin kepada kami bahawa:
    (i) anda berusia 18 tahun ke atas;
    (ii) jika anda berusia kurang daripada 18 tahun, anda telah memperoleh keizinan daripada ibu bapa atau penjaga anda untuk membuat Pesanan;
    (iii) anda diberi kuasa yang sewajarnya untuk menempah Pesanan menggunakan akaun pelanggan.
  2. Anda juga perlu memberi kami alamat e-mel yang aktif dan nombor telefon supaya kami dapat menghubungi anda dengan mudah.
  3. Pesanan anda dianggap sebagai tawaran untuk membeli Produk daripada kami pada harga yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan pesanan.
  4. Selepas membuat Pesanan anda, anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan. Ini mengandungi nombor pesanan, perincian Produk & Perkhidmatan yang telah anda pesan dan jumlah kos Pesanan.
  5. E-mel pengesahan Pesanan tidak merupakan penerimaan Pesanan anda oleh kami.
  6. Jualan Produk adalah tertakluk pada ketersediaan. Kebanyakannya dijual dengan kaedah pra-tempahan (pre-order).
  7. Pesanan anda hanya diterima oleh kami apabila kami menghantar e-mel Pemberitahuan Penghantaran kepada anda.

4. Penghantaran Pesanan

  1. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami.
  2. Anda mengakui bahawa perkhidmatan penghantaran sedemikian dibekalkan terus kepada anda oleh mereka.
  3. Caj penghantaran adalah berdasarkan penghantaran satu Pesanan ke satu alamat di Malaysia. Caj penghantaran promosi mungkin diberikan mengikut budi bicara kami dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum Pesanan disahkan.
  4. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tarikh dan masa penghantaran pilihan anda. Walau bagaimanapun, ada kalanya kami tidak dapat berbuat demikian. Apabila ini berlaku, kami akan menghubungi anda untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran.
  5. Anda harus memberitahu kami tentang sebarang sekatan atau kesukaran penghantaran untuk mengakses hartanah anda apabila anda membuat Pesanan, dan memastikan bahawa kebenaran yang berkaitan diperoleh daripada pihak pengurusan bangunan/kediaman sebelum tarikh penghantaran yang dijadualkan. Jika kami tidak dapat menghantar pada tarikh dan masa penghantaran yang disahkan akibat kesukaran untuk mengakses hartanah anda, caj penghantaran semula akan dikenakan untuk cubaan penghantaran seterusnya. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk melengkapkan penghantaran Pesanan anda sebelum menerima caj penghantaran semula.
  6. Penyedia perkhidmatan kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menunggu anda memberi mereka akses ke hartanah anda kerana mereka juga perlu memenuhi penghantaran lain yang telah dijadualkan untuk hari tersebut. Jika mereka beredar, sebarang cubaan untuk penghantaran semula akan dikenakan caj penghantaran semula.
  7. Semasa penghantaran, anda bertanggungjawab untuk memeriksa Produk dan keadaan bungkusan serta memastikan bilangan bungkusan yang betul telah dihantar. Anda akan diminta untuk menandatangani bukti penghantaran untuk mengesahkannya. Jika terdapat sebarang masalah, anda harus memperincikan ini dengan sewajarnya dalam bukti penghantaran. Jika anda enggan menandatangani dokumen penghantaran, ini akan dianggap sebagai keengganan untuk menerima penghantaran.
  8. Sila rancang supaya anda ada untuk menerima penghantaran anda. Jika anda tidak ada, mesti terdapat seseorang yang berusia 18 tahun ke atas yang boleh menerima penghantaran bagi pihak anda, dan anda bersetuju bahawa kami boleh bergantung pada arahan orang tersebut seolah-olah arahan itu datang daripada anda sendiri. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengesahkan bahawa orang tersebut telah diberi kuasa oleh anda untuk menerima penghantaran Pesanan. Penyedia perkhidmatan kami tidak dibenarkan untuk meninggalkan sebarang Produk yang belum ditandatangani. Sekiranya penghantaran yang dijadualkan tidak berjaya, caj penghantaran semula akan dikenakan untuk cubaan penghantaran seterusnya. Jika tarikh penghantaran anda yang baharu melebihi 5 hari dari tarikh Pesanan anda, anda mungkin dikenakan caj storan pada kadar semasa. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk melengkapkan penghantaran Pesanan anda atau memberikan sebarang perkhidmatan tambahan yang telah diminta sebelum kami menerima caj tambahan (jika berkaitan).
  9. Untuk Sabah & Sarawak, jika anda tidak mengambil pesanan anda dalam masa 2 minggu, item-item anda akan dikembalikan ke gedung. Sila hubungi kami untuk mengaturkan bayaran balik produk. Caj perkhidmatan tidak akan dibayar balik dalam apa pun keadaan.
  10. Sekiranya tidak terdapat kemudahan lif/produk tidak boleh dimuat ke dalam lif dan penghantaran terpaksa dilakukan menggunakan tangga untuk alamat penghantaran yang terletak di dalam bangunan dari tingkat 3 ke atas, caj Perkhidmatan akan dikenakan. Perkhidmatan ini hanya disediakan sehingga tingkat 5 dan caj Perkhidmatan harus dibayar terus kepada Penyedia Perkhidmatan kami.
  11. Sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga (seperti kerosakan lori, kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas besar atau cuaca buruk), kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghubungi anda untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran alternatif.
  12. Segala usaha akan diambil untuk menghantar Produk ke alamat yang anda tetapkan, dengan syarat bahawa penghantaran itu selamat dan boleh dilaksanakan. Jika penyedia perkhidmatan kami berpendapat bahawa keselamatan kakitangan mereka atau orang-orang lain akan terjejas akibat penghantaran Produk ke alamat yang ditetapkan atau cubaan penghantaran berkemungkinan menyebabkan kerosakan pada Produk atau hartanah di alamat yang ditetapkan (termasuk di sekitar hartanah), mereka akan memberitahu anda. Jika anda masih memutuskan untuk meneruskan penghantaran, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan ke atas Produk atau hartanah.
  13. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan pada hartanah anda jika anda gagal mematuhi bahagian Penghantaran Pesanan ini.

5. Penukaran dan Pembatalan Pesanan

  1. Sebarang penukaran dan pembatalan Pesanan tidak dibenarkan selepas bayaran disahkan. Sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

6. Pemulangan

  1. Anda boleh memulangkan sebarang Produk dalam masa 365 hari dari tarikh Pesanan anda, asalkan Produk itu:
    (i) masih baharu;
    (ii) belum digunakan;
    (iii) mempunyai bungkusan yang masih dalam keadaan baik (jika berkaitan);
    (iv) mengikut budi bicara mutlak kami, dalam keadaan boleh dijual semula; dan
    (v) memenuhi sebarang kriteria pemulangan lain yang mungkin dikenakan oleh kami dari semasa ke semasa, dan kriteria pemulangan tersebut boleh didapati dalam Polisi Pemulangan.
  2. Jika kami berpendapat bahawa Produk yang dipulangkan tidak memenuhi kriteria pemulangan, kami boleh menolak pemulangan Produk itu.
  3. Kami hanya akan memproses bayaran balik anda selepas kami menerima dan memeriksa Produk yang dipulangkan. Semua bayaran balik akan dibuat melalui kaedah pembayaran asal anda jika berkaitan.
  4. Caj perkhidmatan (jika berkaitan) tidak akan dibayar balik, kecuali dibenarkan oleh kami.
  5. Anda boleh memulangkan produk di gedung untuk Semenanjung Malaysia atau di pusat pengambilan untuk Sabah & Sarawak, atau anda boleh meminta agar penyedia perkhidmatan kami mengambil Produk dari alamat anda.
  6. Anda boleh menghubungi kami jika anda memerlukan penyedia perkhidmatan kami mengambil Produk dari alamat anda. Anda perlu memberi kami nombor Pesanan anda dan perincian Produk yang akan dipulangkan. Caj pengambilan akan dikenakan, kecuali anda memulangkan Produk kepada kami akibat kesilapan kami. Kami akan memberitahu anda tentang caj tersebut apabila kami memproses permintaan anda. Selepas menerima caj pengambilan yang berkaitan, kami akan mengaturkan penyedia perkhidmatan kami untuk mengambil Produk dari alamat anda.
  7. Jika anda memilih untuk memulangkan Produk di gedung, anda perlu membawa salinan cetak invois elektronik dan kad pembayaran yang anda gunakan untuk membayar Produk jika berkaitan.
  8. Untuk pemulangan di Pusat Pengambilan kami di Sabah & Sarawak, sila hubungi kami supaya kami boleh memberi anda nombor pemulangan web. Anda perlu memberikan nombor rujukan ini berserta dengan salinan bercetak invois cukai semasa anda berkunjung ke Pusat Pengambilan.
  9. Untuk pesanan bungkusan di Sabah & Sarawak, sila hubungi kamisupaya kami boleh memberi anda nombor pemulangan web.

7. Invois Elektronik dan Nota Kredit

  1. Anda bersetuju bahawa semua invois cukai atau nota kredit berhubung dengan sebarang Pesanan yang dibuat di Laman Web akan diberikan kepada anda secara elektronik melalui alamat e-mel yang telah anda bekalkan kepada kami.
  2. Tiada invois salinan cetak akan diberikan kepada anda.
  3. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kebimbangan berkaitan dengan penerimaan invois elektronik dan nota kredit anda, sila hubungi kami.

8. Force Majeure

  1. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk mematuhi Syarat-syarat Pembelian ini jika kelewatan atau kegagalan tersebut timbul daripada apa-apa kejadian yang berada di luar kawalan munasabah kami.
  2. Kejadian-kejadian sedemikian termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kebakaran, banjir, gempa bumi, ribut, bencana alam, peperangan, kekacauan awam, tindakan keganasan atau kerosakan yang berniat jahat yang menimpa atau pemusnahan premis, kelengkapan atau barang-barang kami.

9. Keseluruhan Perjanjian

  1. Kecuali dinyatakan sebaliknya di sini, Syarat-syarat Pembelian ini merangkumi semua terma dan syarat yang disetujui antara kita tentang penjualan dan pembelian Produk dan/atau Perkhidmatan yang diterangkan di sini, dan membatalkan semua cadangan, perjanjian, gambaran dan aku janji, jika ada, antara kita berhubung dengan perkara tersebut, sama ada bertulis atau lisan, walaupun terdapat peruntukan dalam mana-mana perjanjian terdahulu bahawa apa-apa hak atau peruntukan tersebut masih kekal selepas penamatannya.

10. Penepian

  1. Jika anda melanggar mana-mana bahagian dalam Syarat-syarat Pembelian ini dan kami tidak mengambil tindakan, ini tidak bermakna bahawa kami mengetepikan hak kami terhadap anda, dan kami masih berhak untuk melaksanakan hak dan remedi kami kemudian hari atau dalam mana-mana situasi lain apabila anda melanggar lagi Syarat-syarat Pembelian ini.

11. Ketaksahan

  1. Sekiranya satu atau lebih syarat yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Pembelian ini dianggap tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berwibawa, ia akan dianggap terubah suai sehingga takat minimum yang perlu untuk menjadikannya sah, menurut undang-undang dan boleh dikuatkuasakan dan syarat-syarat yang selebihnya akan terus menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan.

12. Privasi

  1. Maklumat peribadi, seperti butiran hubungan anda, yang anda berikan kepada kami semasa proses Pesanan akan disimpan dan digunakan oleh kami mengikut Polisi Privasi.

13. Hak Pihak Ketiga

  1. Tidak seorang pun yang bukan pihak kepada Syarat-syarat Pembelian ini berhak untuk menguatkuasakan atau menikmati faedah Syarat-syarat Pembelian ini.

14. Undang-undang dan Bidang Kuasa

  1. Syarat-syarat Pembelian ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, dan anda dengan ini bersetuju menerima keputusan bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia yang tidak boleh ditarik balik.